Monday, February 7, 2011

jangan tanya lagi.

sudah tentu menyalahkan tuhan tu adalah salah.
walaupun dari kecik sampai ke besar panjang, fikir hari-hari kenapa tuhan bagi ini, kenapa tuhan bagi itu, kenapa tuhan buatkan ini, kenapa tuhan buatkan itu,
tapi belum sampai lagi tahap mahu menyalahkan Dia yang sudah tentunya hari-hari sayang aku, si hamba yang pelupa.

lebih-lebih mahu menyalahkan Dia atas masalah aku dengan manusia yang belum tentu lagi akan hidup mati dengan aku.
aku tak rasa diri aku mahu buat itu.

kadang-kadang aku cuma berprasangka atas perkara-perkara yang bukan pilihan aku seperti  interest aku, kehendak aku.

faham tidak?
perkara-perkara yang kau naturally suka, adakah kau memilihnya?

seperti kau sudah kenal dengan minah,
apa yang membuatkan kau suka atau tidak suka pada minah?
atau ini kali pertama kau cuba memancing.
apakah yang membuatkan kau boleh suka atau tidak suka pada memancing?
dari mana datang perasaan suka atau tak suka ini?

abah pernah kata,
perkara-perkara rahsia yang tuhan tak penah firmankan, jangan tanya.

*diam*

beginilah aku rasa.
ada baiknya aku hidup sahaja seperti yang sepatutnya SEKARANG, berbanding aku menunggu turning point yang aku hendakkan itu.
sebabnya bila difikir-fikirkan, aku belum tentu hidup sewaktu turning point itu.


biarlah mati sekarang dari mati sampai bila-bila.

0 comments: